etauniversal.com






Pengenalan

Terima kasih kerana mengunjungi laman web rasmi eta Universal.
Kami Menjalankan Perkhidmatan Seperti Upah Haji, Pembekal Air Zam - Zam, Pembekal Barang - Barang Keperluan Jemaah Haji Dan Umrah.
Perkhidmatan Upah Haji ini adalah termasuk:
1 ) Khatam al-quran di tanah suci.
2) Tahlil untuk arwah di tanah suci.
3) Tempoh 1 bulan selepas musim haji berakhir, beberapa perkara berikut akan dihantar :
-Sijil perlaksanaan dan pengesahan saksi yang mengerjakan badal.
-Cenderahati berupa air zam-zam, sejadah, tasbih, ketayap dan lain-lain.
Alamat Syarikat :

B5 BAGUNAN TABUNG HAJI
POSKOD 78300
MASJID TANAH MELAKA.

Laman Web : www.etauniversal.com

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
EMRANSYAH BIN ISMAIL

No.Telefon : 063844189 / 0193634979
DAPATKAN AGEN 2010 BERHAMPIRAN ANDA
(semua agen dibawah adalah berdaftar dengan etauniversal.com)
BIL NAMA NO. TELEFON LOKASI
1. USTAZ MU’AZAM 012-973 4472 MELAKA
2. USTAZ HAZMI 016-9260125/012-3337476 MELAKA
3. USTAZ MUHAMMAD AZLAN 012-3416622/017-6822122 MELAKA
4. USTAZ MOHAMAD SHAHRIAZWAN 012-647 5661 MELAKA
5. HAJI RAZALI BIN BUJANG 06-6475661/0196639197 MUAR,JOHOR
6. HJH AMINAH 06-9813570/0196155617 MUAR,JOHOR
7. HAJI WAN (ARTI STORE) 07-4241662/019-7759391 SG.RENGIT,BATU PAHAT
8. CIKGU ZAINI BIN IBRAHIM 072361079/07-8821427 013-7717962 KOTA TINGGI & JB
9. ENCIK AMRAN 012-6245447 SEREMBAN
10. HAJI ZAINI 012-7760621 KOTA TINGGI
11. EN HAZRIL 019-3365667 MELAKA
12. TUAN HAJI MUIN 016-3660233 MELAKA
13. ENCIK MOHD SHUKRI 019-6651174 KUALA PILAH
14. HAJI KAMARUL 019-9316050 KUALA LIPIS
15. ENCIK EMRANSYAH BIN ISMAIL 019-3634979/06-3844189 MELAKA
LOT B5 BAGUNAN TABUNG HAJI,78300 MASJID TANAH MELAKA
16. ENCIK MOHD SUKRY BIN ISMAIL 017-6703301 SARAWAK/MELAKA
17. ENCIK MOHD JAMIL BIN SAAT 013-7447971 BATU PAHAT
18. HAJI MURAYADI BIN KASIMAN 019-7620677 BUKITGAMBIR/MUAR
19. USTAZ AMIN NUDDIN BIN MUSTAFA 019-9877213 TEMERLOH/KUALA LIPIS
20. USTAZ SALEHUDDIN BIN TAJUDDIN 017-4619354 PERAK
21. ENCIK SHAHROLNIZAM BIN SAMAT 012-6751178 PALONG/GEMAS
22. PUAN MUNIRA BINTI AB MUIN 012-3977394 SHAH ALAM
23. USTAZ YAHYA BIN YUSOFF 013-6136492 JEMPOL/JELEBU
24. HAJAH SURIYANI BINTI MANSOT 013-9345482 PAHANG/N.SEMBILAN
25. HAJI MAT BIN YUSOF 013-2206273 NEGERI SEMBILAN

Web- www.etauniversal.com
SSM- NS0016666-H
PPIM- 0607101226
Diasaskan

-ETA Universal telah diasaskan pada tahun 2005.
-Didaftarkan pada tarikh 25/07/2006.
-No. Pendaftaran Perniagaan : NS0016666-H
-Menjadi ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun 2007

Nombor ahli : 0607101226
Motto Syarikat
"Perkhidmatan Berkualiti Keutamaan Kami"


Perniagaan Utama
- Perkhidmatan Pengurusan Upah Haji.
Perniagaan Lain
- Pembekal Air Zam-Zam Dan Barang-Barang Keperluan Jemaah Haji.



Jenis Menguruskan Upah Haji

Tahun 2007 120 Badal Haji
Tahun 2008 142 Badal Haji
Tahun 2009 300 (Permohonan Badal Haji yang dibenarkan)





Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu :

Islam
- tidak wajib atas orang kafir dan murtad
Baligh
- tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh
Berakal
- tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya
Merdeka
- Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala
Berkuasa / Kemampuan
- Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka" (Surah Ali Imran ayat 97).
Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-
a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan
i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
iii) Ada kenderaan pergi dan balik,
iv)Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
v) Sihat tubuh badan,
vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.
Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
"Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan" (Riwayat- Daruqutni )
b) Berkuasa dengan bantuan orang lain.
i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.
Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: " Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda : " Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali". (Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi )

Syarat-syarat untuk melaksanakan upah haji ialah:-
1. Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

"Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji: " Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula" (Riwayat-Abu Daud dan Ibnu Majah)

2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.

3. Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.

4. Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.